e-SHOP
Sekolah ini digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1949. Institusi yang ditubuhkan bagi kanak-kanak lelaki ini telah mengalami 3 kali perubahan dari segi namanya. Ianya bermula dengan nama "Sekolah Akhlak Tertinggi" pada tahun 1949 kepada "Sekolah Latihan Pemuda" pada tahun 1950, dan berubah untuk kali ketiganya menjadi "Henry Gurney School" pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Gurney.
Setiap penghuni akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar iaitu bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain.
Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik. Apa yang ketara, purata penghuni-penghuni yang berada di sini kurang meminati bidang akademik berbanding dari vokasional.

Tentang Kami
Nama Sekolah Henry Gurney diambil bersempena pembukaan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya iaitu Sir Henry Gurney yang mana beliau telah merasmikan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka pada 19 Julai 1950. Kapasiti sekolah ini boleh menempatkan seramai 600 hingga 800 orang penghuni. Majoriti penghuni yang berada di Sekolah Henry Gurney berumur dalam lingkungan 14 hingga genap umur 21 tahun
Lokasi ini terletak dikawasan tepi pantai menghadap Selat Melaka dengan keluasan 38 ekar dan jarak dari Bandar Melaka lebih kurang 5 km dan 30 km dari Bandar Muar, Johor. Sekolah ini ditubuhkan dibawah seksyen 38, Akta Mahkamah Juvana 1947 yang kemudiannya membawa kepada terbentuknya Mahkamah Juvana (pindaan seksyen 73 Akta Kanak-kanak 2001). Sistem pengurusan juvana yang dilaksanakan oleh Sekolah ini ialah “ Sistem Borstal” dan sehingga ke hari ini sistem ini diamalkan.
Pada masa kini, terdapat (4) empat buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu SHG Telok Mas, Melaka, SHG Kota Kinabalu, Sabah, SHG Keningau, Sabah, SHG Puncak Borneo, Sarawak dan perkataan “RESURGAM- I WILL RISE AGAIN” merupakan moto Sekolah Henry Gurney yang bermaksud “SAYA AKAN BANGKIT KEMBALI”. Moto ini membawa maksud kepada seekor burung helang yang dibakar oleh api yang marak merupakan simbolik kepada perubahan dan pemulihan penghuni sepanjang berada di Sekolah ini
Muat Turun Aplikasi eSHOP SHGTM
Muat Turun Aplikasi eSHOP SHGTM
SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS MELAKA